Sebelum ini memang tak pernah dengar nama Kenaboi, atau Taman Negeri Kenaboi. Jadi bila diajak terus balas ….Jom! , walaupun tak tahu hujung pangkal, kat mana, ada apa dan sebagainya. Terus Jom! bila diajak. Sekarang dah tahu lokasi di Jelebu, N9. Pada 7 Mac Sabtu sampailah buat kali pertama di Taman Negeri Kenaboi ni. Rasa lega. Tapak perkhemahan bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan tempat mandi. Itu aja yang diperlukan untuk short trip macam ni. Kami berkumpul di surau Felcra Kg Esok, Kenaboi (Mukim Kenaboi, Daerah Jelebu). Sembilan orang semuanya dan bergerak masuk bersama jurupandu dari pakej tapau 2 hari 1 malam yang kami order.


Oh ya perlu ada permit dari Jabatan Hutan serta jurupandu yang bertauliah untuk merayap di kawasan rekreasi ini. Jangan memandai sesuka hati. Kami dibawa masuk oleh Hikers Climber Adventure Team, yang dengan professional dan penuh sabar ๐๐bagi taklimat, bagi makan, bagi tips dan berbagai lagi termasuk sediakan alatan keselamatan untuk sesi kami, terutamanya sesi ke Jeram Berungut, yang agak “seksa” sikit berbanding lokasi lain.





Sebelum turun, dekat atas tadi sebelum sampai ke kawasan ni, bila dengar perkataan melayang dan berpusing aku naik panik terus. Dan terus tanya pada Abg Arip, “Tuan, nak kangkang luas mana Tuan? Lagi luas lagi bagus ke? “. Agak-agaklah, Abg Arip cakap sambil gelak-gelak dengan yang lain. Aku bila dah panik akan tanya apa saja yang ada dalam kepala aku.
Selepas lepak sini lebih kurang 30 minit, rehat dan ambil gambar, kami pun bergerak balik ke kawasan perkhemahan di base camp di tepi Sg Kenaboi. Perjalanan balik meredah Sungai Berungut selama lebih kurang 45 minit sebelum sampai ke tapak perkhemahan. Agak sukar juga laluan balik kerana Sungai dipenuhi batu yang licin. Banyak kali hampir tersembam sembah batu, tapi masih ok, cuma tak ok bila terfikir terserempak dengan ular sawa. Ngeri bila dapat bayangan macam tu.
Lata Kijang
Satu lagi lokasi menarik di sini ialah Lata Kijang. Seperti biasa, untuk sampai ke kawasan ni pun kena usaha sikit. Pelbagai bentuk laluan muka bumi perlu dilalui, kali ini dengan kenderaan pacuan empat roda atau bahasa pasarnya, powil. Selama lebin kurang 20 minit akan tempuh jalan rata, berbukit, pokok tumbang, lubang dalam, bonggol dan akar berduri yang berjuntai antara penghalang laluan sebelum sampai destinasi. Kalau lagi ramai yang menenggek dalam bahagian belakang powil tu lagi lambatlah sampai. Hari tu ada 11 orang, termasuk pemandu abang Arip dan Apiq. Bayangkan! 11 orang dalam satu powil. Meriah๐๐คฃ
Ada “kejadian” juga lah sebelum sampai. Ada yang tersangkut muka kat akar berduri yang berjuntai. Bukan aku! Ada yang dah pucat powil macam dah tak mampu lagi dah untuk terus mendaki. Itu aku lah tu! Sampai satu tahap, powil dah tak mampu lagi dah nak berjuang, jadi kami turun dan berjalan kaki ke entry point untuk masuk ke Lata Kijang. Seterusnya jalan kaki lagi selama 20 ke 30 minit sebelum dapat sampai ke Lata Kijang akhirnya. Penat jugalah, Tapi berbaloi usaha untuk sampai dengan habuan yang ada di sini.


Hujung minggu di Kenaboi satu sesi penat. Penat jenis best. Penat puas hati, bukan penat yang buat kau letih dan sendu. Penat yang buat kau plan nak gi lagi sana. Memang plan nak gi lagi. Tapi malangnya dek arahan partial lockdown terpaksa tangguhkan hasrat. Kenaboi sesuai untuk cuti hujung minggu. Tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Jarak dia dah cukup ngam. Lebih kurang dalam 1 ke 2 jam dari KL. Kalau malas nak bemalam dalam khemah, boleh pergi pagi dan balik petang. Settled. Terimakasih pada Markleen, Abg Arip dan Apiq yang menjaga kami dengan baik. Teringat makan gulai ikan kering nenas tepi sungai. Teringat juga demonstrasi/training abseiling Abg Arip dan games Apiq๐๐คฃ๐๐Jumpa lagi. Insyaa Allah. [ends]
Salam, bang nak tanya pakej untuk masuk ke Kenaboi tu beli dekat mana dan berapa harga dia, dan apa pakej yang disediakan di sana.
Maaf lambat balas. Boleh contact abang arip 012 6962690 untuk maklumat lanjut.