BANDAR & PEKAN : Banting (i)

Mula kenal Banting penghujung Mei 2018, rasanya dalam 27 Mei kalau tak silap. Ada kat sana dalam bulan puasa waktu tu. Masih ingat untuk trip pertama tu rasa teruja terserempak dengan satu sungai penuh dengan bot nelayan di Kampung Endah, Batu Laut. So rustic! Terus lepak kat situ ambik gambar puas puas sambil minum kopi kat gerai di situ.

Sangat best discovering Banting buat pertama kali dan pusing-pusing tanpa tujuan muktamad di pekan ni. Sampai hajat nak lari dari KL bila dalam masa lebih kurang sejam dah pun sampai kawasan pekan dan kampung yang selesa di mata dan senang di hati. Gitulah lebih kurang perasaan pada waktu tu 🙂

Masih ingat ketika sampai singgah dulu di tepi jalan beli buah manggis dan rambutan daripada penjaja tepi jalan dekat jalan utama berhampiran Pantai Morib. Simple pleasant experience, sembang sekejap dengan abang yg berniaga gunakan lori kecik, buah rambutan, manggis, langsat penuh satu lori. Puas makan bila dah sampai hotel. Untuk trip ni bermalam kat so called Gold Coast Morib International Resort. Horrible hotel. Never went back there since. Kotor. Terlampau besar sangat hotelnya sampai tak terjaga. Ada banyak lagi nak cerita pasal Banting ni. Kita mulakan dulu dengan dengan gambar-gambar di bawah.

Pantai Kelanang.
Pantai Kelanang di waktu senja, antara 7 ke 7.30 malam. Puas hati dapat capture warna keemasan di pantai. tapi komposisi gambar ni rasa macam ada yang tak kena, rasanya boleh diperbaiki. Cuba nak dapatkan laut , refleksi di pantai dan awan tu seimbang, sama besar, tapi tak berdaya. Bayangkan kalau laut warna biru ditengah diapit sama rata oleh awan dan refleksi awan. Next trip lah cuba lagi!
Pantai Kelanang. Siang hari macam ni saja rupanya. Tak ada yang istimewa sangat.
Pasar Nelayan Kelanang. Satu lagi spot kegemaran di Banting. Ini lokasi waktu senja. Berkejar ke sini dari Pantai Kelanang untuk tangkap sisa-sisa cahaya sebelum hilang terus. Inilah hasilnya, tak seberapa. Langit nampak mendung, exposure tak betul kot. Biar ajalah. Memang takkan edit gambar-gambar yang macam ni. Malas. Dan tak reti sangat pun. Biarlah dia dengan bentuk dan feel asalnya.
Kg Endah, Batu Laut. Lokasi terawal yang membuahkan minat dengan Banting. Kampung nelayan yang masih survive walaupun macam dah nazak. Gambar ni diambil waktu subuh, trip ke Banting yang ke? (tak ingat) antara 6.30 pagi ke 7 pagi. Memang sengaja keluar awal untuk cari cahaya waktu subuh. Bila dah terang benderang memang tak cantik lagi dah. Berserabut!
Kampung Endah, Batu Laut. Lokasi terawal waktu pertama kali jalan-jalan kat Banting. Ada satu kedai makan kat sini. rasanya nelayan selalu lepak kat kedai ni selepas naik dari laut atau sebelum turun ke laut. Kedainya dah buruk tapi penuh karektor. Tiap kali ke Banting mesti singgah untuk beli ikan masin sambil minum kopi dan mencuba nasib.
Istana Bandar: Terjumpa (bila dicari) istana lama ni ketika jalan-jalan buat kali ke-10 ke Banting pada Januari 4 dan 5 2020. Trip pertama ke banting untuk 2020. Merayap kat dalam ni lebih kurang sejam. Tak ada orang langsung. Macam seram tapi ok jer sebab tengah hari rembang .
Puas hati terjumpa Istana ni, satu lokasi terbaru di Banting untuk jalan-jalan sambil practice ambik gambar senibina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *