APA BARANG?

Apa barang yang korang selalu mesti ada bila travel? Barang -barang yang kalau terlupa, tertinggal mesti boleh buat susah hati atau kalau penting sangat boleh terus murung?๐Ÿ˜ƒ Barang yang kalau kena curi memang sakit hati๐Ÿ˜œ.

Kat bawah tu senarai barang-barang yang ada dalam koleksi aku yang selalu disumbat dalam beg bila nak jalan-jalan. Ada yang baru sehari dua dalam koleksi, ada yang dah berminggu, berbulan. Dan yang dah bertahun pun ada. Jadi semuanya dibeli atas dasar nak mudahkan hidup bila travel. Memang memudahkan, tapi ada juga yang menyusahkan sebenarnya, tak praktikal, mudah lesap samada dicuri ataupun sendiri hilangkan. Barang-barang tu ada ratingsnya yang tersendiri, dari 1 ke 5….Ratings 5 tu barang wajib, yang mesti aku bawa setiap kali keluar jalan-jalan.

Penimbang berat beg. Kurang sikit cemas bila ada benda ni. Abis packing sangkut kat beg dan boleh adjust berat beg masing-masing. Ratings 4 ke 5. Selalu juga aku bawa terutamanya bila travel jauh dan lama sikit.
Lampu suluh. Mesti ada waktu gi camping. Dan mesti ada penyangkut untuk mudah sangkut pada jeans atau beg pinggang atau mana-mana spot yang sesuai dalam khemah. Kalau tak ada penyangkut mesti hilang, letak merata. Yang ini saiz S. Selain mudah sangkut, boleh terus masuk poket seluar tanpa banyak masalah. Ratings 5 barang ni, penting untuk outdoor activity.

Lens cleaner. kalau ada photoshoot kat tempat pelik-pelik, kena bawa ni. Selalunya kalau bawa kamera DSLR akan dibawa sekali benda ni, untuk cuci lens terutamanya kalau lokasi macam caca merba sikit. Tapi Ratings 2 jer, jarang bawa. Satu lagi barang ni mudah hilang tenggelam dalam beg. jadi jarang bawa, atau pun selalu tertinggal.
Earphone. Kalau bosan menunggu, flight delay dan sebagainya barang ni akan jadi penyelamat. Terutamanya kalau flight lebih dari sejam mesti ada benda ni untuk sumbat dalam telinga. Yang bawah tu sama juga fungsinya juga tapi macam old school sikit, wayar berambu rambi. Masih ada gunanya pada waktu dan ketika tertentu. Tapi wayar yang berjurai tu buat aku rimas sikit. Jadi jarang bawa travel, Yang jenis wireless macam kat atas tu lebih selesa untuk dibawa bersama waktu travel Ratings 3
Ini lampu USB yang boleh dikepit (gambar atas). Kalau nak buat kerja, nak membaca tapi orang lain dah tidor, atau dalam keretapi kita tak boleh tidur dan orang lain dah berdengkur, tapi kita masih nak menaip bagai, bolehlah kepitkan kat buku atau laptop. Ratings 1 jer.

Sebelah kiri atas adalah USB. Barang ni wajib ada sama, terutamanya kalau travel lebih dari satu hari. Bertambah-tambah penting kalau jalan beramai ramai, mesti tak cukup tempat nak cucuk dan charge barang. Segalanya perlu di charge zaman sekarang ni. Ratings 5.

Salah satu lagi perkara penting perlu ada . Kunci ! Ya kunci pink kat bawah tu gunakan cap jari untuk tutup dan buka. Must have ni . Dan sengaja pilih warna terang supaya mudah cari bila dia tengelam dalam beg dengan barang-barang lain. Ratings 4. Banyak gunanya kunci ni bila bawa banyak barang atau beg-beg kecil. Masukkan gelung hitam tu, yang dalamnya ada besi keluli tu, dalam pemegang beg dan kuncikan ke besi ke, kerusi ke atau apa apa benda yang muat dan boleh elakkan beg kena rembat.

Dan bawah kunci pink tu mobile coffee maker, sesuai untuk gi berkursus atau bercuti. Sesuai untuk travel period 3 ke 4 hari ke atas. Bila dah tak larat dah nak teguk kopi 3 in 1 tu barang ni penyelamat. Atau bila dah tak sanggup nak teguk kopi kat kedai mamak bolehlah sendiri bancuh kopi. Tapi barang ni tak berapa praktical. Ratings 2. Inilah salah satu barang yang akan saratkan beg. Kalau cuti panjang bolehlah bawa sekali, tapi kalau setakat semalam dua kat hotel aku jarang bawa, rasa tak berbaloi.

KENABOI

Sebelum ini memang tak pernah dengar nama Kenaboi, atau Taman Negeri Kenaboi. Jadi bila diajak terus balas ….Jom! , walaupun tak tahu hujung pangkal, kat mana, ada apa dan sebagainya. Terus Jom! bila diajak. Sekarang dah tahu lokasi di Jelebu, N9. Pada 7 Mac Sabtu sampailah buat kali pertama di Taman Negeri Kenaboi ni. Rasa lega. Tapak perkhemahan bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan tempat mandi. Itu aja yang diperlukan untuk short trip macam ni. Kami berkumpul di surau Felcra Kg Esok, Kenaboi (Mukim Kenaboi, Daerah Jelebu). Sembilan orang semuanya dan bergerak masuk bersama jurupandu dari pakej tapau 2 hari 1 malam yang kami order.

Rasa segar dan bertenaga apabila sampai di tapak perkhemahan Sg Kenaboi selepas lebih kurang 20 minit perjalanan dari jalan masuk utama. Kawasan sungai untuk bersantai dan berendam bersih dan cetek, air sungai nampak mesra, tak mengancam arusnya.

Oh ya perlu ada permit dari Jabatan Hutan serta jurupandu yang bertauliah untuk merayap di kawasan rekreasi ini. Jangan memandai sesuka hati. Kami dibawa masuk oleh Hikers Climber Adventure Team, yang dengan professional dan penuh sabar ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚bagi taklimat, bagi makan, bagi tips dan berbagai lagi termasuk sediakan alatan keselamatan untuk sesi kami, terutamanya sesi ke Jeram Berungut, yang agak “seksa” sikit berbanding lokasi lain.

Jeram Berungut. Nak sampai sini kena abseiling turun dari cerun curam lebih kurang 100 kaki tinggi. Sebelum sampai kat lokasi untuk abseiling kena trekking lebih kurang 20 minit ke 30 minit dari tapak perkhemahan, bergantung serancak mana kau membawang. Lagi rancak membawang lagi cepat sampai. Tapi hari tu aku naik powil, tak ada mood nak trekking. Dua dinding batu besar tu di dalamnya ada air terjun. Arus air yang mengalir dari celah dinding batu besar tu menghasilkan jeram unik di sini.

Jeram Berungut. Cemas juga bila ada di kawasan ni. Silap langkah boleh tenggelam. Bagaimanapun, untuk ke air terjun dihujung tu dikatakan berisiko tinggi kerana terdapat pusaran air selain ianya terlalu dalam. Aku tak fikir benda lain, cuma takut ular sawa aja. Seram.
Alhamdulillah. Setelah cemas sekejap, sampailah juga ke bawah . Tips paling utama ketika turun, jangan pandang belakang (ke bawah?) dan jangan lupa kangkang luas luas. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘

Lega rasanya dapat sampai ke sini tanpa sebarang drama. Kena kangkang dan lutut mesti lurus dan berbentuk L. Kalau tak badan akan berpusing dan bila berpusing akan panik dan bila panik akan melayang jatuh ke sini.

Sebelum turun, dekat atas tadi sebelum sampai ke kawasan ni, bila dengar perkataan melayang dan berpusing aku naik panik terus. Dan terus tanya pada Abg Arip, “Tuan, nak kangkang luas mana Tuan? Lagi luas lagi bagus ke? “. Agak-agaklah, Abg Arip cakap sambil gelak-gelak dengan yang lain. Aku bila dah panik akan tanya apa saja yang ada dalam kepala aku.

Selepas lepak sini lebih kurang 30 minit, rehat dan ambil gambar, kami pun bergerak balik ke kawasan perkhemahan  di base camp di tepi Sg Kenaboi. Perjalanan balik meredah Sungai  Berungut selama lebih kurang 45 minit sebelum sampai ke  tapak perkhemahan. Agak sukar juga  laluan balik kerana Sungai dipenuhi batu yang licin. Banyak kali hampir tersembam sembah batu, tapi masih ok, cuma tak ok bila terfikir terserempak  dengan ular sawa. Ngeri bila dapat bayangan macam tu.

Lata Kijang

Satu lagi lokasi menarik di sini ialah Lata Kijang. Seperti biasa, untuk sampai ke kawasan ni pun kena usaha sikit.  Pelbagai bentuk laluan muka bumi perlu dilalui, kali ini dengan kenderaan pacuan empat roda atau bahasa pasarnya, powil. Selama lebin kurang 20 minit akan tempuh jalan rata, berbukit, pokok tumbang, lubang dalam, bonggol dan akar berduri  yang berjuntai antara penghalang laluan sebelum sampai destinasi.  Kalau lagi ramai yang menenggek dalam bahagian belakang powil tu lagi lambatlah sampai. Hari tu ada 11 orang, termasuk  pemandu abang Arip dan Apiq. Bayangkan! 11 orang dalam satu powil. Meriah๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ

Ada “kejadian” juga lah sebelum sampai. Ada yang tersangkut muka kat akar berduri yang berjuntai. Bukan aku! Ada yang dah pucat powil macam dah tak mampu lagi dah  untuk terus mendaki. Itu aku lah tu! Sampai satu tahap, powil dah tak mampu lagi dah nak berjuang,  jadi kami turun dan berjalan kaki  ke entry point untuk masuk ke Lata Kijang. Seterusnya jalan kaki lagi selama 20 ke 30 minit  sebelum dapat sampai ke Lata Kijang akhirnya. Penat jugalah, Tapi berbaloi usaha untuk sampai dengan habuan yang ada di sini.

Sebaik sampai sini teruja jugalah tengok betapa tingginya jatuhan air di kawasan ni. Dengan kedudukan dia, bunyian deruan dan limpahan dan hentaman air Lata Kijang memang nampak “megah”. Timbul rasa hormat, bercampur gerun, seolah di bagi amaran “jangan cari pasal dengan aku”. Dimaklumkan kawasan ini bahaya kerana ada kejadian kepala air. Katanya, segala kayu balak turun dari atas tu dan membedal apa saja yang ada dilaluannya. Seram mikir kannya.

Lata Kijang gah dengan air terjun tertinggi di kawasan Taman Negeri ni, lebih kurang 80 ke 100 meter , tetapi tak sesuai untuk mandi-manda kerana kolam di sekitarnya tak besar dan banyak batu. Sesuai untuk peminat fotografi lanskap, membidik berbagai sudut panorama alam semula jadi.

Hujung minggu di Kenaboi satu sesi penat. Penat jenis best. Penat puas hati, bukan penat yang buat kau letih dan sendu. Penat yang buat kau plan nak gi lagi sana. Memang plan nak gi lagi. Tapi malangnya dek arahan partial lockdown terpaksa tangguhkan hasrat. Kenaboi sesuai untuk cuti hujung minggu. Tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Jarak dia dah cukup ngam. Lebih kurang dalam 1 ke 2 jam dari KL. Kalau malas nak bemalam dalam khemah, boleh pergi pagi dan balik petang. Settled. Terimakasih pada Markleen, Abg Arip dan Apiq yang menjaga kami dengan baik. Teringat makan gulai ikan kering nenas tepi sungai. Teringat juga demonstrasi/training abseiling Abg Arip dan games Apiq๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ‘๐Ÿ˜ŠJumpa lagi. Insyaa Allah. [ends]

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!