Apa barang yang korang selalu mesti ada bila travel? Barang -barang yang kalau terlupa, tertinggal mesti boleh buat susah hati atau kalau penting sangat boleh terus murung?? Barang yang kalau kena curi memang sakit hati?.
Kat bawah tu senarai barang-barang yang ada dalam koleksi aku yang selalu disumbat dalam beg bila nak jalan-jalan. Ada yang baru sehari dua dalam koleksi, ada yang dah berminggu, berbulan. Dan yang dah bertahun pun ada. Jadi semuanya dibeli atas dasar nak mudahkan hidup bila travel. Memang memudahkan, tapi ada juga yang menyusahkan sebenarnya, tak praktikal, mudah lesap samada dicuri ataupun sendiri hilangkan. Barang-barang tu ada ratingsnya yang tersendiri, dari 1 ke 5….Ratings 5 tu barang wajib, yang mesti aku bawa setiap kali keluar jalan-jalan.







Sebelah kiri atas adalah USB. Barang ni wajib ada sama, terutamanya kalau travel lebih dari satu hari. Bertambah-tambah penting kalau jalan beramai ramai, mesti tak cukup tempat nak cucuk dan charge barang. Segalanya perlu di charge zaman sekarang ni. Ratings 5.
Salah satu lagi perkara penting perlu ada . Kunci ! Ya kunci pink kat bawah tu gunakan cap jari untuk tutup dan buka. Must have ni . Dan sengaja pilih warna terang supaya mudah cari bila dia tengelam dalam beg dengan barang-barang lain. Ratings 4. Banyak gunanya kunci ni bila bawa banyak barang atau beg-beg kecil. Masukkan gelung hitam tu, yang dalamnya ada besi keluli tu, dalam pemegang beg dan kuncikan ke besi ke, kerusi ke atau apa apa benda yang muat dan boleh elakkan beg kena rembat.
Dan bawah kunci pink tu mobile coffee maker, sesuai untuk gi berkursus atau bercuti. Sesuai untuk travel period 3 ke 4 hari ke atas. Bila dah tak larat dah nak teguk kopi 3 in 1 tu barang ni penyelamat. Atau bila dah tak sanggup nak teguk kopi kat kedai mamak bolehlah sendiri bancuh kopi. Tapi barang ni tak berapa praktical. Ratings 2. Inilah salah satu barang yang akan saratkan beg. Kalau cuti panjang bolehlah bawa sekali, tapi kalau setakat semalam dua kat hotel aku jarang bawa, rasa tak berbaloi.

No Responses