BANDAR & PEKAN : Banting (i)

Mula kenal Banting penghujung Mei 2018, rasanya dalam 27 Mei kalau tak silap. Ada kat sana dalam bulan puasa waktu tu. Masih ingat untuk trip pertama tu rasa teruja terserempak dengan satu sungai penuh dengan bot nelayan di Kampung Endah, Batu Laut. So rustic! Terus lepak kat situ ambik gambar puas puas sambil minum kopi kat gerai di situ.

Sangat best discovering Banting buat pertama kali dan pusing-pusing tanpa tujuan muktamad di pekan ni. Sampai hajat nak lari dari KL bila dalam masa lebih kurang sejam dah pun sampai kawasan pekan dan kampung yang selesa di mata dan senang di hati. Gitulah lebih kurang perasaan pada waktu tu ๐Ÿ™‚

Masih ingat ketika sampai singgah dulu di tepi jalan beli buah manggis dan rambutan daripada penjaja tepi jalan dekat jalan utama berhampiran Pantai Morib. Simple pleasant experience, sembang sekejap dengan abang yg berniaga gunakan lori kecik, buah rambutan, manggis, langsat penuh satu lori. Puas makan bila dah sampai hotel. Untuk trip ni bermalam kat so called Gold Coast Morib International Resort. Horrible hotel. Never went back there since. Kotor. Terlampau besar sangat hotelnya sampai tak terjaga. Ada banyak lagi nak cerita pasal Banting ni. Kita mulakan dulu dengan dengan gambar-gambar di bawah.

Pantai Kelanang.
Pantai Kelanang di waktu senja, antara 7 ke 7.30 malam. Puas hati dapat capture warna keemasan di pantai. tapi komposisi gambar ni rasa macam ada yang tak kena, rasanya boleh diperbaiki. Cuba nak dapatkan laut , refleksi di pantai dan awan tu seimbang, sama besar, tapi tak berdaya. Bayangkan kalau laut warna biru ditengah diapit sama rata oleh awan dan refleksi awan. Next trip lah cuba lagi!
Pantai Kelanang. Siang hari macam ni saja rupanya. Tak ada yang istimewa sangat.
Pasar Nelayan Kelanang. Satu lagi spot kegemaran di Banting. Ini lokasi waktu senja. Berkejar ke sini dari Pantai Kelanang untuk tangkap sisa-sisa cahaya sebelum hilang terus. Inilah hasilnya, tak seberapa. Langit nampak mendung, exposure tak betul kot. Biar ajalah. Memang takkan edit gambar-gambar yang macam ni. Malas. Dan tak reti sangat pun. Biarlah dia dengan bentuk dan feel asalnya.
Kg Endah, Batu Laut. Lokasi terawal yang membuahkan minat dengan Banting. Kampung nelayan yang masih survive walaupun macam dah nazak. Gambar ni diambil waktu subuh, trip ke Banting yang ke? (tak ingat) antara 6.30 pagi ke 7 pagi. Memang sengaja keluar awal untuk cari cahaya waktu subuh. Bila dah terang benderang memang tak cantik lagi dah. Berserabut!
Kampung Endah, Batu Laut. Lokasi terawal waktu pertama kali jalan-jalan kat Banting. Ada satu kedai makan kat sini. rasanya nelayan selalu lepak kat kedai ni selepas naik dari laut atau sebelum turun ke laut. Kedainya dah buruk tapi penuh karektor. Tiap kali ke Banting mesti singgah untuk beli ikan masin sambil minum kopi dan mencuba nasib.
Istana Bandar: Terjumpa (bila dicari) istana lama ni ketika jalan-jalan buat kali ke-10 ke Banting pada Januari 4 dan 5 2020. Trip pertama ke banting untuk 2020. Merayap kat dalam ni lebih kurang sejam. Tak ada orang langsung. Macam seram tapi ok jer sebab tengah hari rembang .
Puas hati terjumpa Istana ni, satu lokasi terbaru di Banting untuk jalan-jalan sambil practice ambik gambar senibina.

KENABOI

Sebelum ini memang tak pernah dengar nama Kenaboi, atau Taman Negeri Kenaboi. Jadi bila diajak terus balas ….Jom! , walaupun tak tahu hujung pangkal, kat mana, ada apa dan sebagainya. Terus Jom! bila diajak. Sekarang dah tahu lokasi di Jelebu, N9. Pada 7 Mac Sabtu sampailah buat kali pertama di Taman Negeri Kenaboi ni. Rasa lega. Tapak perkhemahan bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan tempat mandi. Itu aja yang diperlukan untuk short trip macam ni. Kami berkumpul di surau Felcra Kg Esok, Kenaboi (Mukim Kenaboi, Daerah Jelebu). Sembilan orang semuanya dan bergerak masuk bersama jurupandu dari pakej tapau 2 hari 1 malam yang kami order.

Rasa segar dan bertenaga apabila sampai di tapak perkhemahan Sg Kenaboi selepas lebih kurang 20 minit perjalanan dari jalan masuk utama. Kawasan sungai untuk bersantai dan berendam bersih dan cetek, air sungai nampak mesra, tak mengancam arusnya.

Oh ya perlu ada permit dari Jabatan Hutan serta jurupandu yang bertauliah untuk merayap di kawasan rekreasi ini. Jangan memandai sesuka hati. Kami dibawa masuk oleh Hikers Climber Adventure Team, yang dengan professional dan penuh sabar ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚bagi taklimat, bagi makan, bagi tips dan berbagai lagi termasuk sediakan alatan keselamatan untuk sesi kami, terutamanya sesi ke Jeram Berungut, yang agak “seksa” sikit berbanding lokasi lain.

Jeram Berungut. Nak sampai sini kena abseiling turun dari cerun curam lebih kurang 100 kaki tinggi. Sebelum sampai kat lokasi untuk abseiling kena trekking lebih kurang 20 minit ke 30 minit dari tapak perkhemahan, bergantung serancak mana kau membawang. Lagi rancak membawang lagi cepat sampai. Tapi hari tu aku naik powil, tak ada mood nak trekking. Dua dinding batu besar tu di dalamnya ada air terjun. Arus air yang mengalir dari celah dinding batu besar tu menghasilkan jeram unik di sini.

Jeram Berungut. Cemas juga bila ada di kawasan ni. Silap langkah boleh tenggelam. Bagaimanapun, untuk ke air terjun dihujung tu dikatakan berisiko tinggi kerana terdapat pusaran air selain ianya terlalu dalam. Aku tak fikir benda lain, cuma takut ular sawa aja. Seram.
Alhamdulillah. Setelah cemas sekejap, sampailah juga ke bawah . Tips paling utama ketika turun, jangan pandang belakang (ke bawah?) dan jangan lupa kangkang luas luas. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘

Lega rasanya dapat sampai ke sini tanpa sebarang drama. Kena kangkang dan lutut mesti lurus dan berbentuk L. Kalau tak badan akan berpusing dan bila berpusing akan panik dan bila panik akan melayang jatuh ke sini.

Sebelum turun, dekat atas tadi sebelum sampai ke kawasan ni, bila dengar perkataan melayang dan berpusing aku naik panik terus. Dan terus tanya pada Abg Arip, “Tuan, nak kangkang luas mana Tuan? Lagi luas lagi bagus ke? “. Agak-agaklah, Abg Arip cakap sambil gelak-gelak dengan yang lain. Aku bila dah panik akan tanya apa saja yang ada dalam kepala aku.

Selepas lepak sini lebih kurang 30 minit, rehat dan ambil gambar, kami pun bergerak balik ke kawasan perkhemahan  di base camp di tepi Sg Kenaboi. Perjalanan balik meredah Sungai  Berungut selama lebih kurang 45 minit sebelum sampai ke  tapak perkhemahan. Agak sukar juga  laluan balik kerana Sungai dipenuhi batu yang licin. Banyak kali hampir tersembam sembah batu, tapi masih ok, cuma tak ok bila terfikir terserempak  dengan ular sawa. Ngeri bila dapat bayangan macam tu.

Lata Kijang

Satu lagi lokasi menarik di sini ialah Lata Kijang. Seperti biasa, untuk sampai ke kawasan ni pun kena usaha sikit.  Pelbagai bentuk laluan muka bumi perlu dilalui, kali ini dengan kenderaan pacuan empat roda atau bahasa pasarnya, powil. Selama lebin kurang 20 minit akan tempuh jalan rata, berbukit, pokok tumbang, lubang dalam, bonggol dan akar berduri  yang berjuntai antara penghalang laluan sebelum sampai destinasi.  Kalau lagi ramai yang menenggek dalam bahagian belakang powil tu lagi lambatlah sampai. Hari tu ada 11 orang, termasuk  pemandu abang Arip dan Apiq. Bayangkan! 11 orang dalam satu powil. Meriah๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ

Ada “kejadian” juga lah sebelum sampai. Ada yang tersangkut muka kat akar berduri yang berjuntai. Bukan aku! Ada yang dah pucat powil macam dah tak mampu lagi dah  untuk terus mendaki. Itu aku lah tu! Sampai satu tahap, powil dah tak mampu lagi dah nak berjuang,  jadi kami turun dan berjalan kaki  ke entry point untuk masuk ke Lata Kijang. Seterusnya jalan kaki lagi selama 20 ke 30 minit  sebelum dapat sampai ke Lata Kijang akhirnya. Penat jugalah, Tapi berbaloi usaha untuk sampai dengan habuan yang ada di sini.

Sebaik sampai sini teruja jugalah tengok betapa tingginya jatuhan air di kawasan ni. Dengan kedudukan dia, bunyian deruan dan limpahan dan hentaman air Lata Kijang memang nampak “megah”. Timbul rasa hormat, bercampur gerun, seolah di bagi amaran “jangan cari pasal dengan aku”. Dimaklumkan kawasan ini bahaya kerana ada kejadian kepala air. Katanya, segala kayu balak turun dari atas tu dan membedal apa saja yang ada dilaluannya. Seram mikir kannya.

Lata Kijang gah dengan air terjun tertinggi di kawasan Taman Negeri ni, lebih kurang 80 ke 100 meter , tetapi tak sesuai untuk mandi-manda kerana kolam di sekitarnya tak besar dan banyak batu. Sesuai untuk peminat fotografi lanskap, membidik berbagai sudut panorama alam semula jadi.

Hujung minggu di Kenaboi satu sesi penat. Penat jenis best. Penat puas hati, bukan penat yang buat kau letih dan sendu. Penat yang buat kau plan nak gi lagi sana. Memang plan nak gi lagi. Tapi malangnya dek arahan partial lockdown terpaksa tangguhkan hasrat. Kenaboi sesuai untuk cuti hujung minggu. Tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Jarak dia dah cukup ngam. Lebih kurang dalam 1 ke 2 jam dari KL. Kalau malas nak bemalam dalam khemah, boleh pergi pagi dan balik petang. Settled. Terimakasih pada Markleen, Abg Arip dan Apiq yang menjaga kami dengan baik. Teringat makan gulai ikan kering nenas tepi sungai. Teringat juga demonstrasi/training abseiling Abg Arip dan games Apiq๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ‘๐Ÿ˜ŠJumpa lagi. Insyaa Allah. [ends]

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!